dah 3 hari aku x menulis.bukan apa tapi aku sakit perut.4 hari sakit perut,baru semalam aku ke klinik.doktor kata aku kena gastrik.kali ni masa aku jumpa doktor,aku cuma kata aku sakit perut. bila dia tanya aku,semalam en makan apa?. aku kata saya x makan apa.sebab aku nak tengok dr ni tahu x kenapa aku sakit perut.biasanya ada dr(bkn smua la) bila kita jumpa diorang waktu kita sakit perut, mereka akan tanya kita semalam kita makan apa.tak tau kenapa soalan macam tu selalu doktor2 suka tanya.pasal aku pulak bila dr tu tanya semalam aku makan apa, aku jawab,x makan.dia pun check perut aku dn sebagai nya,pas tu dia bagi tau aku kena gastrik.sebelum aku keluar dari bilik dia,dr tu tarbiah aku.aku pn sonyap jo lah.nak jawab apa lagi.dia suruh aku jaga kesihatan,tambahan pula usia aku pun dh tua. lepas ambil ubat, aku bayar caj perubatan.pas tu aku balik relex. sambil relex2, aku tpikir kata2 doktor tadi.
kesihatan kita kena jaga baik2. kerana ia ada lah anugerah Allah yang tidak ternilai.
bila kita sakit,bermakna kita x jaga kesihatan kita.maknanya kita x jaga diri kita.dalam aku bercakap sendirian,aku tiba2 rasa sedih lak(pasal dah sakit).selama ni aku x pernah peduli kesihatan aku.hari2 dok pikiaq nak cari duit.cari duit cari duit.
sebenar nya kesihatan lebih penting.kalau sihat, senang cari duit.boleh lh usha dan ikhtiar cari duit.aku sampai x tau darah aku jenis apa.kalau ada orang tanya le jenis darah aku,entah apa aku nak jawab.
hari2 aku makan racun.(aku kuat merokok).betahun2 aku merokok.dah blambak racun dalam badan aku.bila sakit,makan ubat.tapi kalau dah racun penuh dalam badan,macamana nak sihat.makan ubat pun no use.
jadi sekarang aku kena cari penawar untuk mengubat racun yang ada dalam badan aku.
No comments:
Post a Comment