Sunday, 3 July 2011

siput babi


Hari ni aku rasa amat gembira sekali. kenapa? sebab akhirnya aku dh tahu macamana nak masukan gambo dalam post2 blog aku. dan aku nak cerita macamana semalam tajuk post aku tu boleh sebut pasal siput babi.
Tengahari semalam aku relek kat depan ofis, kat bawah pokok. depan ofis aku tu ada pokok bunga. besar dan tinggi. aku pun x tau apa nama pokok tu.ada orang kata pokok bunga jepun, ada yang kata pokok bunga korea. aku x kata apa sebab aku x tau nama pokok tu. sedang aku dok relek, terpandang aku sekor siput babi. slow je dia begerak. sambil begerak, ada apa benda tah kat atas kepala nya dua batang pun begerak2 sama. sambil tengok siput babi tu, aku pun trtanya2 gak, kenapa siput babi begerak slow. dan kenapa orang panggil dia siput babi? heran jugak kan? kalau kita tengok, rupa dia 100% x de pun macam babi. memang rupa siput. aku rasa mesti ada cerita di sebalik nama siput babi ni. kenapa kita x panggil dia siput selam ke atau apa2 lh selain nama siput babi. lama jugak aku ngadap siput babi tu. sambil2 tu aku masih tertanya2 pasal siput babi ni.
Akhir nya aku dapat satu jawapan. kenapa siput babi bergerak slow. ini jawapan aku je. mungkin betul, mungkin x. dekat sejam lebih aku ngadap siput babi tu, aku pun balik ke ofis. aku on pc.
Tiba2 dtg pulak kawan. aku borak2 pulak ngan dia. sembang2 tekeluar crita siput babi tadi. aku tanya kawan aku " kamu tau x kenapa siput babi kita panggil siput babi?" kawan aku kata "entah, mana aku tau". aku tanya dia lg," ko tau kenapa siput babi bgerak slow ". dia kata "mana le aku tau". kawan aku tanya aku "kamu tau ke?". aku kata "tau". "ngapa siput babi slow?". tanya kawan aku pd aku.
aku pun bg tau kat kawan aku tu "sebab siput babi tu tertanya2 pd diri dia, sendiri". "tanya apa pulak?" soal kawan aku. aku kata "ya lah siput tu tertanya2 sendiri, aku ni siput ke babi, siput ke babi, dek kerana dia asyik tertanya2 tu lah sebab dia bergerak slow". "dia pun x tau dia sapa sebenarnya".
lepas kawan aku belah, aku pn ngadap pc. terus aku tulis pasal siput babi dalam post aku. pas tu aku cuba masukan gambar siput babi dalam post aku tu. tu pun berkali2 aku try masukan gambar siput babi tu. akhir nya bejaya gak lekat gambar siput babi.

No comments:

Post a Comment