Sunday, 5 June 2011

bersyukur

lepas isya aku ke kedai mamak dekat rmh aku. pas tu aku terus ke ofis buruk ku. saja nak relak2. kebetulan ujan lak. sedang aku relek, aku nampak ada sesaorang belegar2 depan ofis. aku keluar, aku tegok orang tu bejalan sambil jinjing sesuatu. bila dia bejalan depan aku, aku pun tanya kat dia. buat apa?, cari apa?. dia pn jawab "cari barang buruk cik". aku kata kt dia "ujan ni". dia kata "x pa cik, dh biasa". aku uluq rokok sebatang kat dia. dan aku tya dia " dok mana?". dia kata "kat sini je". dlm hati aku tetanya2. kat mana org ni dok. x penah nampak pn siang2. kami pn sembang2. sembang pnya sembang dia pn crita lah kisah hidup nya, hingga lah kepada kenapa dia tepaksa buat keja2 tambahan sebelah malam. tersentuh gak aku dengar kisah nya. usia dia pn lebih sikit je dari aku. ada sorang isteri dan empat anak. tiga bersekolah. duduk rumah sewa. isteri x keja.
lepas dia blah, aku temenong sendiri. masih ada org lg susah dari aku. aku bersyukur atas apa yg aku ada. walaupun aku x kaya harta dan wang ringgit, tp Allah cukupkan makan pakai aku sekeluarga. alhamdulillah. aku harap anak2 dan isteri aku bersyukur atas apa yg ada setakat ni.
pada aku, hamba Allah td adalah seorang yg bertanggungjawab. demi nak menyara keluarga, sanggup dia korbankan waktu malam nya. aku harap anak2 nya tahu menghargai pengorbanan seorang ayah dan bersyukur kerana mempunyai seorang ayah yang rajin dan bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment