Kerana mulut badan binasa. pernah dengar ayat tu kan? mulut [kata2] boleh membuat manusia jadi huru hara, merana, kecewa,benci dan sakit hati. tp kadang2 mulut boleh buat manusia rasa bahagia, jatuh cinta, rasa kaseh dan sayang.
Jadi awas pabila berkata2, jangan sampai ada yang terluka. awas pabila bercerita, jangan sampai ada yang terasa. bab sikap, bab perangai itu cerita lain. tp bab mulut, awas!. bisa, amat bisa. kalau dh terlajak cakap.... hancus. sebab tu lah perpatah ada mengatakan "telajak perahu boleh di undur, telajak kata buruk padah nya".
Tapi kadang2 kita hairan, ada manusia yang suka cakap ikut suka. suka cakap lepas je. orang kata mulut laser. ada manusia yang mulut nya suka cakap perkara2 lucah. macam kata orang tua2 dulu "mulut makan tahi". tidak di nafikan juga ada mulut yang kadang2 bila bercakap bak kata orang "lembut gigi dari gusi". ada juga manusia, kalau dia bercakap, besi pn cayaq. ha jenis ni, sendiri mau ingat. yang keluar dari mulut nya semua ayat2 power. ada juga yang jenis cakap x serupa bikin.
Bagi aku, aku x suka jenis manusia yang suka cakap putar belit. cerita yang sama tapi hari ini cakap lain, esok cakap lain. nyampah betul aku dengan orang macam ni.
Mari kita sama2 nilai diri kita. mulut kita dari jenis yang macam mana.
No comments:
Post a Comment